Wednesday, April 11, 2007

Ulasan untuk kes Nonoi

Selepas membaca laporan ini, saya berpendapat bahawa ibu Nonoi seorang ibu yang tidak bertanggungjawab. Melalui perbicaraan ini, bukti menunjukkan bahawa bapa kandung Nonoi bukanlah Mohamed Fauzi. Ini menandakan bahawa ibu Nonoi, Mastura Kamsir, telah mengadakan hubungan dengan lelaki lain semasa masih berkahwin kepada Mohamed Fauzi, yang selama ini difikirkan ayah kandung Nonoi. Jika saya mohamed Fauzi, saya akan berasa sangat tertipu.
Pakar forensik masih belum dapat memastikan punca kematian Nonoi kerana menghadapi pelbagai masalah. Contohnya ialah amat sukar untuk mengesan bukti-bukti di badannya kerana mayatnya telah reput ketika bedah siasat dijalankan.
Saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Nonoi kerana dia seorang anak kecil yang tidak berdosa. Dia disayangi semua ahli keluarganya dan ramai orang yang merasakan kehilangannya.