Tuesday, June 19, 2007

Darmawisata ke Korea

29 Mei 2007 (Selasa)

Saya sampai di Lapangan Terbang Korea Selatan pada pukul 6.35am. Lapangan terbang ini dikenali sebagai lapangan terbang yang terbaik di dunia tetapi saya tidak berasa begitu kerana keadaannya yang tidak begitu indah seperti lapangan terbang Singapura.

Dari lapangan terbang, kita terus menuju ke empat tempat yang telah pilih oleh pelajar-pelajar sendiri. Tempat-tempat itu adalah "Exhibition Centre", Istana Deoksugung, "Eastern Gate Market" dan "War Memorial". Kita tidak melawati satu lagi tempat kerana tempat itu tutup pada hari itu.

Di "Exhibition Centre", saya melihat beberapa artifak dan hadiah-hadiah dan gambar-gambar daripada pemimpin negeri-negeri lain apabila mereka melawati Korea Selatan. Istana Deoksugung pula adalah tempat di mana kerabat di raja tinggal pada zaman dahulu. Corak bangunan di istana itu sungguh cantik dan pembikinannya sangat halus. Saya suka tempat itu. Di "Eastern Gate Market", kita dipaksa berjalan secara berkumpulan yang merangkumi Vanessa, Rachel, Jing Rong dan Moses daripada kelas-kelas yang lain. Saya tidak membeli banyak barang di tempat itu kerana saya berasa sangat ngantuk. "War Memorial" adalah tempat yang menarik kerana di situ terdapat banyak arka yang menggambarkan peperangan seperti askar-askar, senjata-senjata dan peralatan yang lain.

Selepas itu, kita menziarahi syarikat LG ("Lucky Gold Star"). Lawatan ini interaktif kerana terdapat banyak alat yang kita boleh cuba. Sebagai contoh, semua orang di situ harus membuat kad pengenalan sebelum memulakan lawatan dan juga ada satu alat yang boleh melukiskan wajah seseorang.

Untuk makan malam, pelajar Islam dibawa makan di restoran Pakistan dan India. Makanan di situ pedas sekali dan saya terpaksa minum 8 gelas air sementara pelajar lain menonton sebuah persembahan budaya sambil makan malam. Selepas itu, semua pelajar dibawa ke "Sofitel Ambassador Hotel" untuk penginapan satu malam.



30 Mei 2007 (Rabu)

Pada hari ini, kita melawat sungai Cheong gye Cheon yang sudah bertukar menjadi sebuah pancuran air yang begitu menarik. Saya kagum melihat bagaimana mereka dapat menukarkan sungai yang sedia ada kepada sebuah tarikan pelancong yang terletak di pertengahan jalanraya.

Selepas itu, kita menziarahis sebuah sekolah, "Korean Minjok Leadership Academy". Lawatan ini adalah lawatan yang paling saya gemari kerana lawatan ini sangat menarik dan saya juga dapat mengenali remaja dari Korea. Sekolah mereka sangat besar dan pelajar-pelajar di situ merupakan antara yang terbaik di Korea. Cara mereka memasuki sekolah ini sama dengan cara kita memasuki Korikulum Bersepadu. Saya dengan tujuh lagi kawan saya mewakili Sekolah Maktab Rendah Victoria dengan "mass dance" Victoria. Dalam keseronokan kita, tiba-tiba lagu "mass dance" dihentikan kerana seorang pelajar Korea telah menekan butang berhenti. Mungkin dia berfikir bahawa persembahan kita sudah berakhir.

Pada malam itu, di hotel "Gangwan Phoenix Park", saya kita mengambil behagian dalam sebuah pertandingan, K-Nite. Setiap kelas harus menyediakan sebuah pementasan, menggabungkan Korea dan Singapura. Setelah bekerja keras, kelas saya menang pertandingan ini!!!



31 Mei 2007 (Khamis)

Kita pergi ke Pusat Akhbar Kebangsaan Pyeong Chang. Pelbagai aktiviti diadakan di sana untuk kita. Antaranya adalah permainan mengetuk gendang. Terdapat 4 jenis gendang di sana yang dikenalkan kepada kita. Satu lagi aktiviti ialah lukisan yang memerlukan besi yang panas. Aktiviti ini sangat susah dan saya tidak begitu gemar dengan aktiviti ini. Aktiviti ketiga ialah Taekyon, sebuah seni mempertahankan diri, yang agak sama dengan Tae Kwon Doe. Aktiviti ini menyeronokkan. Aktiviti terakhir ialah aktiviti memanah yang memerlukan ketangkasan kita.

Pada malam itu, kita melihat kelangit untuk mencari bintang tetapi kerana terdapat banyak awan di langit, kita tidak melihat apa-apa yang istimewa. Walaubagaimanapun, malam itu masih sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.



1 Jun 2007 (Jumaat)

Perjalanan bas ke Daejeon sangat lama dan pelajar-pelajar di bas saya, menggunakan masa itu untuk berehat dan tidur. Kita sampai "National Science Museum" pada waktu petang. Muzium itu sangat menarik kerana terdapat banyak alat interaktif di situ yang menerangkan konsep-konsep di situ. Kelemahan muzium ini ialah kebanyakan penjelasan untuk konsep-konsep ini dalam bahasa Korea dan kita tidak boleh memahami penjelasan dan hanya boleh teka sahaja. Walaubagaimanapun, saya masih suka muzium ini kerana saya dapat melihat muzium itu dengan kawan-kawan saya dan muzium itu memberi informasi tentang semua subjek saya, tanpa bahasa melayu. Muzium itu mempunyai informasi tentang ilmu kimia, angkasa lepas dan berbagai-bagai lagi.


Selepas itu, kita pergi ke "Hanbat Museum of Education". Muzium ini memberikan banyak maklumat. Kita pergi ke beberapa bilik di situ dan mereka mempunyai beberapa model dan juga benda yang digunakan pada zaman dahulu seperti buku teks yang lama, alat yang digunakan untuk menulis, uniform seorang pemain besbol dan berbagai-bagai lagi. Saya ingat bahawa satu bilik yang saya melihat mempunyai model yang menunjukkan bilik suami dan bilik isteri. Saya juga belajar bahawa orang Korea pada zaman dahulu tidak berkongsi satu bilik. bilik suami juga digunakan untuk melayani tetamu.



Saya belajar banyak pada hari ini setelah menziarahi dua muzium ini.



2 Jun 2007 (Sabtu)

Kita melawati "Daejeon Expo Park" pada waktu pagi. Pada mulanya, kita sangat terangsang kerana kita berfikir tempat itu mempunyai banyak permainan tetapi apabila kita ke situ, kita menyedari bahawa "Expo Park" mempunyai permainan yang 3-D. Jadi, kita menjadi kecewa tetapi masih cuba untuk menikmati masa yang kita ada di sana. Tempat itu sangat sunyi kerana tiada ramai orang di situ tanpa kita. Walaupun kita kadang-kadang rasa bosan di situ, saya mesti mengakui bahawa tempat itu sungguh canggih.

Selepas itu, kita makan tengahari sebelum menziarahi "Korean Folk Village". Saya suka kampung itu. Saya berasa seperti saya sedang berada di dalam kehidupan seorang warga Korea pada zaman dahulu. Ada beberapa aktiviti yang dilakukan di sana seperti menunggang kuda sambil membuat aksi yang menarik, meloncat tinggi atas jongkat-jongket dan sebuah perkahwinan orang Korea. Pertunjukan yang saya paling suka ialah pertujukan yang melibatkan kuda. Pertunjukan itu sangat menarik kerana ia mengandungi beberapa orang lelaki yang membuat aksi yang kreatif dan merbahaya. Pertunjukan mereka mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Tempat itu juga sesuai untuk mengambil gambar.

3 Jun 2007 (Ahad)

Saya bersama kawan-kawan yang lain pergi ke DMZ (Demilitarised Zone) pada hari Ahad. Semua orang tidak sabar untuk aktiviti ini kerana kita sudah mendengar sejarah DMZ dan tempat itu lebih ketat penjagaannya daripada tempat lain yang kita lawati. Saya dan kawan-kawan saya sudah merancang pemakaian kami sebelum ke situ kerana ada kod pakaian yang dikenakan. Walaubagaimanapun, apabila kita sampai ke tempat itu, kita kecewa dengan keadaan tempat itu yang sudah bertukar menjadi tempat tumpuan pelancong sehinggakan kita tidak dapat merasakan makna sebenar tempat tersebut. Di situ, kita memasuki sebuah terowong yang telah digali oleh Korea Utara. Terowong itu rendah dan dindingnya berair. Kita tidak berjalan terlalu dalam dan juga terpaksa memakai topi keledar. Kita juga membeli tiket daripada kaunter untuk 1000 won dan juga mengecap tiket itu.

Kita makan tenghari selepas itu dan pulang ke hotel kerana program membeli-belah kita telah dibatalkan. Untuk mengisikan masa, kita berbincang tentang projek Korea kita. Setelah perbincangan kita, kita menonton pertunjukan kesenian Korea dengan tarian tradisional Korea dan dram Korea.

4 Jun 2007 (Isnin)

Kita pergi ke "Seoul Grand Park" pada heri Isnin. Di situ mempunyai taman haiwan. Taman haiwan di Seoul berbeza dengan taman haiwan di Singapura. Taman haiwan di situ mempunyai sebuah tempat di mana anak haiwan akan tinggal. Mereka sangat kecil dan comel. Saya dan kawan-kawan saya hendak menonton pertunjujkan dolfin tetapi tidak mencukupi masa.

Selepas pergi ke taman haiwan, kita dibawa ke "Museum of Contemporary Art". Kita dibawa ke muzium ini kerana benda-benda di muzium ini akan menolong kita dalam project "Language Arts" kita. Saya suka banyak lukisan di situ, terutama lukisan yang mempunyai bunga-bunga kerana saya suka bunga-bunga. Lukisan yang dipamerkan di tingkat 2 lebih baik daripada lukisan di tingkat 1. Saya ingat bahawa ada lukisan ini di tingkat 2 yang kelihatan 3-dimensi. Saya juga suka lukisan itu.

Tuesday, May 1, 2007

Surat tentang blog-blog

Maisarah Binte Abdullah
1005C Laguna Bay
#24-5111
Singapura 311484

4 April 2007

Tuan Pengarang
Berita Harian
390 Kim Seng Road
Singapura 239495

Tuan
Blog-blog yang menyentuh isu-isu sensitif

Selamat sejahtera kepada Tuan. Benarkan saya mengucapkan terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca surat saya. Saya seorang remaja yang menuntut di Sekolah Maktab Rendah Victoria.

Pada minggu yang lepas, saya sedang melungsuri internet dan membuka lelaman blog. Saya tidak mengenali penulis blog itu tetapi saya dapati behawa blog penulis itu menyentuh isu-isu sensitive. Isu-isu ini boleh menimbulkan perbalahan. Satu isu yang disentuh ialah tentang orang yang mendapat pekerjaan yang tidak disukai, tidak sepatutnya meraung atau sedih kerana ini kesalahan mereka. Pendapatan orang ini tidak tinggi dan mereka tidak dapat mempunyai kehidupan yang senang kerana mereka tidak belajar keras dan mendapat markah yang cemerlang. Pandangannya tidak adil kerana mungkin yang dimaksudkan itu tidak diberikan kesempatan untuk belajar. Mungkin oramg itu mempunyai ramai adik yang terpaksa dijaga sehingga dia tidak mempunyai masa untuk belajar.

Saya juga terjumpa lelaman lain yang mengandungi isu-isu yang sensitif. Antara perkara yang dikemukakan ialah tentang pandangan bahawa kaum berbeza tidak sepatutnya bersama, kerajaan Singapura bukan efektif dan isu-isu lain. Saya berfikir jika penulis-penulis dibiarkan menulis tentang apa-apa yang mereka inginkan Singapura tidak akan aman dan damai lagi kerana konflik yang munkin timbul. Saya tidak mahu itu berlaku.

Untuk mengatasi masalah ini, saya berfikir blog-blog harus dipantau pihak kerajaan. Jika sesebuah blog itu menyentuh isu-isu sensitif, penulisnya harus diberikan amaran. Kalau blog penulis itu masih mengandungi isu-isu sensitif, penulis harus disaman. Dengan berbuat demikian, penulis blog akan lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan di dalam blog.

Saya berharap tuan akan menerbitkan surat saya supaya rakyat Singapura akan menyedari tentang perkara-perkara yang berlaku di alam maya. Benarkan saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana membaca surat saya. Dengan ini, saya akan mengakhiri surat saya. Terima Kasih.

Yang benar,
Masairah Binte Abdullah

Surat tentang Kereta Api MRT

Sofea binti Azman
Blok 16 Taman Cendana
#11-249
Singapura 778016

15 Februari 2007

Penerbit
Harian Masyarakat
35 jalan Kembara
Singapura 944034

Tuan

Remaja Yang Berkelakuan Tidak Sopan Di Kereta Api MRT

Berhubungan dengan perkara di atas, saya seorang remaja yang menuntut di Maktab Rendah Victoria dan saya pulang rumah menaiki kereta api MRT setiap hari. Baru-baru ini, sekumpulan remaja mengambil kereta api MRT yang sama dengan saya. Saya dan kawan saya berasa mareka tidak berkelakuan sopan walaupun mereka kelihatan lebih tua dan matang daripada kami.

Saya berasa semua penumpang kerata api MRT itu dari perhentian Kallang ke perhentian Tampines pada pukul lima suku, Selasa yang baru lalu ini, akan marah dengan kelakuan mereka yang tidak bertimbang rasa itu. Kumpulan remaja ini membuat bising dan berlari di kereta api MRT. Pada satu kali, salah satu daripada mereka berlanggar dengan seorang wanita tua dan tidak meminta maaf daripadanya. Sebaliknya, saya dan kawan saya yang menolong wanita tua itu.

Apa yang saya mendapati memalukan ialah bahawa remaja-remaja ini lebih tua daripada saya dan mereka memakai seragam mereka, yang berwarna hijau itu. Kawan saya juga cuba memberitahu mereka bahawa kelakuan mereka tidak sopan tetapi mereka tidak mengendahkan nasihat itu. Mereka mencelanya sehingga dia menangis. Nasib baik seorang lelaki, yang lebih besar daripada mereka, membuat keputusan untuk menolong kami.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada remaja-remaja agar menyedari behawa kelakuan mereka tidak sesuai di kereta api MRT atau di tempat-tempat awam yang lain. Saya berharap pihak sekolah mereka dan ibu bapa mereka akan membuat sesuatu supaya kelakuan mereka akan lebih sopan. Remaja-remaja ini juga harus mengubah sikap mereka.

Saya berharap surat ini akan menolong remaja-remaja dewasa ini agar lebih bertimbang rasa supaya masyarakat akan lebih aman. Terima kasih kepada tuan yang mengambil masa untuk menerbitkan surat ini supaya remaja-remaja ini akan memperbaiki kelakuan mereka. Saya berharap tuan sihat dan gembira.

Kepada tuan yang menolong saya, terima kasih.

Yang Benar
Sofea binti Azman
(Sofea binti Azman)

Singapura Membosankan Kerana Kekurangan Aktiviti

Ramai warga negara Singapura mempunyai perasaan bahawa Singapura membosankan. Singapura ialah sebuah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara yang lain seperti Amerika atau Australia tetapi negara yang kecil tidak boleh dikatakan membosankan. Jika banyak usaha digunakan untuk membuat Singapura lebih menarik, lebih ramai pelancong akan melawati Singapura dan warga negara Singapura akan mempunyai gambaran yang bagus.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Singapura tidak menarik. Singapura mempunyai beberapa tarikan seperti Sentosa, taman haiwan dan pelbagai lagi. Sentosa ialah sebuah pulau yang berdekatan dengan Singapura. Sekarang, Resort Bersepadu sedang dibina di Sentosa supaya lebih ramai pelancong akan datang ke Singapura. Sentosa ialah sebuah tarikan kerana pantai di situ sangat bersih dan ia merupakan tempat yang bersejarah.

Kerajaan Singapura juga bergigih dalam menjadikan Singapura lebih menarik. Pelancong-pelancong yang melawati Singapura menyumbang banyak kepada ekonomi Singapura. Jadi, kerajaan akan memastikan Singapura manarik lebih ramai pelancong akan datang. Walaupun negera seperti Indonesia sangat besar, kerajaan mereka tidak menggunakan tanah itu untuk menarik lebih ramai pelawat ke Indonesia. Singapura tidak mempunyai banyak tanah atau gunung-ganang yang tinggi tetapi Singapura menggunakan apa sahaja yang terdapat di Singapura sebaik-baiknya untuk menarik pelancong ke Singapura. Aktiviti “Reverse Bungee” terletak di tengah-tengah kota Singapura. Pusat membeli-belah juga mudah dicari di bandar Singapura.

Berjalan-jalan dengan kawan-kawan juga boleh dikelaskan sebagai aktiviti menarik. Jika kita keriangan, aktiviti itu boleh dikatakan menarik. Aktiviti menarik tidak terbatas kepada aktiviti yang orang jarang dilakukan sahaja. Makan tengah hari juga boleh menjadi sesuatu yang menarik kerana kita suka meluangkan masa dengan teman-teman. Singapura mempunyai banyak tempat makan atau membeli-belah. Jadi, Singapura ialah sebuah negeri yang menarik kerana banyak aktiviti boleh dijalankan di sini.

Singapura boleh dikelaskan sebagai membosankan oleh ramai warga negara Singapura kerana mereka sudah biasa dengan Singapura. Mungkin mereka akan memikirkan Singapura sebagai sebuah negeri yang hebat jika mereka datang ke Singapura sebagai pelawat. Ini kenyataan yang benar untuk semua orang. Tempat yang baru akan sentiasa kelihatan mengasyikkan kepada manusia. Pelancong akan mendapati bahawa “Esplanade” kita unik dan fikirkan bahawa roda Ferris Singapura yang sedang dibina juga menyeronokkan kerana roda Ferris itu merupakan yang terbesar di dunia.

Ramai rakyat Singapura juga memikirkan Singapura membosankan kerana di Singapura tidak ada aktiviti yang tidak boleh dicari di dunia. Setiap negara pasti mempunyai pusat membeli-belah dan taman haiwan. Walaupun demikian, Singapura mempunyai perkhidmatan yang cekap dan pekerja yang sopan. Jadi, Singapura ialah sebuah negeri yang berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun.

Ramai orang beranggapan Singapura membosankan. Namun, terdapat pihak lain termasuk saya yang mendapati bahawa Singapura sebuah negeri yang menarik. Saya berpandangan bahawa negera-negera lain tidak mempunyai banyak aktiviti yang tidak boleh didapati di Singapura. Setiap tahun, ramai pelancong melawati Singapura kerana mereka berpendapat Singapura tidak membosankan. Jika mereka fikirkan begitu, kita harus berfikir begitu juga.


Yasmin Yeow
07v13

Karangan Naratif

“Mari sini, Ani. Temankan Mak Long.”. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata ibu saudara kesayangan itu. Setiap kali aku teringatkan peristiwa itu, aku akan berasa terkilan dan sebak. Peninggalan Mak Long terlalu mendadak. Sehingga hari ini, sukar untuk aku terima kenyataan itu.

Waktu itu, aku berusia tiga belas tahun dan menuntut di menengah satu. Aku dijaga oleh Mak Long sejak aku kecil lagi dan kerana itu, perhubungan kami erat sekali. Pada cuti sekolah bulan Jun, aku telah dipilih mewakili sekolah dalam usaha mereka untuk membantu menaikkan sebuah sekolah di negara Kemboja. Aku sangat ghairah kerana tidak ramai pelajar menengah satu didpilih untuk menyertai rombongan ini. Ibu bapaku juga tidak menyangkal tujuan murniku untuk bersama-sama pergi ke Kemboja.

Barang-barang telah aku kemaskan. Aku pun bersiap untuk bertemu kawan-kawanku di sekolah dan berangkat ke Kemboja. Sebelum aku menjejakkan kaki keluar rumah, Mak Long memanggilku dan sehinnga hari ini, kata-katanya pada waktu itu sering berlegar-legar di fikiranku. Aku mendampinginya dan mengatakan bahawa aku akan menemuinya pada minggu hadapan. Aku mencium tangannya dan menuju ke arah pintu. Dia meluahkan perasaan gelisahnya dan cuba memujuk aku untuk membatalkan niatku itu. Aku terpaksa membuat pilihan dan selepas aku fikirkan masak-masak, aku tetap dengan rancanganku.

Dengan raut wajah yang sugul, Mak Long melihat aku meninggalkan rumah. Setibanya di Kemboja, aku gembira dan dapat mempelajari pelbagai aspek kehidupan penduduk Kemboja. Aku juga pelajari erti bersyukur kerana aku mempunyai segala keperluan hidup seperti sekolah, makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal. Sedang aku bercakap dengan seorang anak Kemboja sambil meminum air, tiba-tiba, aku dilanggar dari belakang. Aku terjatuh dan minumanku tumpah. Semasa aku hendak memungut cawanku, guruku memanggilku. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Cikgu Omar menyuruh aku bertenang sebelum dia memberitahu aku tentng berita bahawa Mak Long telah dimasukkan ke hospital keran penyakit darah tingginya semakin teruk. Doktor mengatakan bahawa keadaannya kritikal dan menasihati kami kaum keluarga supaya bersedia sekiranya umurnya tidak panjang. Aku terus bergegas mengemas pakaianku dan menempah tiket penerbangan pulang. Cikgu Omar membantu aku membuat persiapan dan menghantarku ke lapangan terbang.

Dalam perjalanan pulang, aku tidak henti-henti berdoa supaya aku diizinkan bertemunya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejurus selepas aku sampai ke lapangan terbang Changi, aku menerima panggilan yang tidak aku inginkan. Ibuku menyampaikan berita bahawa Mak Long sudah tiada lagi. Aku menangis terisak-isak dan berlari untuk mendapatkan teksi ke hospital. Walaubagaimanapun cepat pun teksi itu dipandu, aku sudah terlambat.

Aku sampai ke hospital dan disambut dengan kesedihan serta tangisan saudara-maraku. Aku cuba melihat Mak Long buat kali yang terakhir. Mukanya pucat dan badannya kaku. Aku mengucup dahinya yang sejuk itu. Air mataku terus mengalir apabila aku mengenangkan peristiwa manis dengan Mak Long. Setelah aku dapat mangawal perasaanku semula, aku berdoa supaya rohnya akan dirahmati Tuhan. Kami saudara-mara menguruskan pengebumiannya dan mengambil masa beberapa hari untuk menerima hakikatnya bahawa Mak Long sudah tiada lagi.

Kekesalahanku tidak dapat aku gambarkan lagi. Setiap hari, saya menyesal kelakuan saya yang tidak bertimbang rasa itu. Saya akan sentiasa mengingatinya dan merinduinya.


Yasmin Yeow
07V13

Wednesday, April 11, 2007

Ulasan untuk kes Nonoi

Selepas membaca laporan ini, saya berpendapat bahawa ibu Nonoi seorang ibu yang tidak bertanggungjawab. Melalui perbicaraan ini, bukti menunjukkan bahawa bapa kandung Nonoi bukanlah Mohamed Fauzi. Ini menandakan bahawa ibu Nonoi, Mastura Kamsir, telah mengadakan hubungan dengan lelaki lain semasa masih berkahwin kepada Mohamed Fauzi, yang selama ini difikirkan ayah kandung Nonoi. Jika saya mohamed Fauzi, saya akan berasa sangat tertipu.
Pakar forensik masih belum dapat memastikan punca kematian Nonoi kerana menghadapi pelbagai masalah. Contohnya ialah amat sukar untuk mengesan bukti-bukti di badannya kerana mayatnya telah reput ketika bedah siasat dijalankan.
Saya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Nonoi kerana dia seorang anak kecil yang tidak berdosa. Dia disayangi semua ahli keluarganya dan ramai orang yang merasakan kehilangannya.

Thursday, March 8, 2007

HI CIKGU!!!

Hi Cikgu... ini blog saya! :)