Tuesday, May 1, 2007

Karangan Naratif

“Mari sini, Ani. Temankan Mak Long.”. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata ibu saudara kesayangan itu. Setiap kali aku teringatkan peristiwa itu, aku akan berasa terkilan dan sebak. Peninggalan Mak Long terlalu mendadak. Sehingga hari ini, sukar untuk aku terima kenyataan itu.

Waktu itu, aku berusia tiga belas tahun dan menuntut di menengah satu. Aku dijaga oleh Mak Long sejak aku kecil lagi dan kerana itu, perhubungan kami erat sekali. Pada cuti sekolah bulan Jun, aku telah dipilih mewakili sekolah dalam usaha mereka untuk membantu menaikkan sebuah sekolah di negara Kemboja. Aku sangat ghairah kerana tidak ramai pelajar menengah satu didpilih untuk menyertai rombongan ini. Ibu bapaku juga tidak menyangkal tujuan murniku untuk bersama-sama pergi ke Kemboja.

Barang-barang telah aku kemaskan. Aku pun bersiap untuk bertemu kawan-kawanku di sekolah dan berangkat ke Kemboja. Sebelum aku menjejakkan kaki keluar rumah, Mak Long memanggilku dan sehinnga hari ini, kata-katanya pada waktu itu sering berlegar-legar di fikiranku. Aku mendampinginya dan mengatakan bahawa aku akan menemuinya pada minggu hadapan. Aku mencium tangannya dan menuju ke arah pintu. Dia meluahkan perasaan gelisahnya dan cuba memujuk aku untuk membatalkan niatku itu. Aku terpaksa membuat pilihan dan selepas aku fikirkan masak-masak, aku tetap dengan rancanganku.

Dengan raut wajah yang sugul, Mak Long melihat aku meninggalkan rumah. Setibanya di Kemboja, aku gembira dan dapat mempelajari pelbagai aspek kehidupan penduduk Kemboja. Aku juga pelajari erti bersyukur kerana aku mempunyai segala keperluan hidup seperti sekolah, makan dan minum, pakaian dan tempat tinggal. Sedang aku bercakap dengan seorang anak Kemboja sambil meminum air, tiba-tiba, aku dilanggar dari belakang. Aku terjatuh dan minumanku tumpah. Semasa aku hendak memungut cawanku, guruku memanggilku. Aku merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Cikgu Omar menyuruh aku bertenang sebelum dia memberitahu aku tentng berita bahawa Mak Long telah dimasukkan ke hospital keran penyakit darah tingginya semakin teruk. Doktor mengatakan bahawa keadaannya kritikal dan menasihati kami kaum keluarga supaya bersedia sekiranya umurnya tidak panjang. Aku terus bergegas mengemas pakaianku dan menempah tiket penerbangan pulang. Cikgu Omar membantu aku membuat persiapan dan menghantarku ke lapangan terbang.

Dalam perjalanan pulang, aku tidak henti-henti berdoa supaya aku diizinkan bertemunya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejurus selepas aku sampai ke lapangan terbang Changi, aku menerima panggilan yang tidak aku inginkan. Ibuku menyampaikan berita bahawa Mak Long sudah tiada lagi. Aku menangis terisak-isak dan berlari untuk mendapatkan teksi ke hospital. Walaubagaimanapun cepat pun teksi itu dipandu, aku sudah terlambat.

Aku sampai ke hospital dan disambut dengan kesedihan serta tangisan saudara-maraku. Aku cuba melihat Mak Long buat kali yang terakhir. Mukanya pucat dan badannya kaku. Aku mengucup dahinya yang sejuk itu. Air mataku terus mengalir apabila aku mengenangkan peristiwa manis dengan Mak Long. Setelah aku dapat mangawal perasaanku semula, aku berdoa supaya rohnya akan dirahmati Tuhan. Kami saudara-mara menguruskan pengebumiannya dan mengambil masa beberapa hari untuk menerima hakikatnya bahawa Mak Long sudah tiada lagi.

Kekesalahanku tidak dapat aku gambarkan lagi. Setiap hari, saya menyesal kelakuan saya yang tidak bertimbang rasa itu. Saya akan sentiasa mengingatinya dan merinduinya.


Yasmin Yeow
07V13

No comments: