Tuesday, May 1, 2007

Surat tentang blog-blog

Maisarah Binte Abdullah
1005C Laguna Bay
#24-5111
Singapura 311484

4 April 2007

Tuan Pengarang
Berita Harian
390 Kim Seng Road
Singapura 239495

Tuan
Blog-blog yang menyentuh isu-isu sensitif

Selamat sejahtera kepada Tuan. Benarkan saya mengucapkan terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca surat saya. Saya seorang remaja yang menuntut di Sekolah Maktab Rendah Victoria.

Pada minggu yang lepas, saya sedang melungsuri internet dan membuka lelaman blog. Saya tidak mengenali penulis blog itu tetapi saya dapati behawa blog penulis itu menyentuh isu-isu sensitive. Isu-isu ini boleh menimbulkan perbalahan. Satu isu yang disentuh ialah tentang orang yang mendapat pekerjaan yang tidak disukai, tidak sepatutnya meraung atau sedih kerana ini kesalahan mereka. Pendapatan orang ini tidak tinggi dan mereka tidak dapat mempunyai kehidupan yang senang kerana mereka tidak belajar keras dan mendapat markah yang cemerlang. Pandangannya tidak adil kerana mungkin yang dimaksudkan itu tidak diberikan kesempatan untuk belajar. Mungkin oramg itu mempunyai ramai adik yang terpaksa dijaga sehingga dia tidak mempunyai masa untuk belajar.

Saya juga terjumpa lelaman lain yang mengandungi isu-isu yang sensitif. Antara perkara yang dikemukakan ialah tentang pandangan bahawa kaum berbeza tidak sepatutnya bersama, kerajaan Singapura bukan efektif dan isu-isu lain. Saya berfikir jika penulis-penulis dibiarkan menulis tentang apa-apa yang mereka inginkan Singapura tidak akan aman dan damai lagi kerana konflik yang munkin timbul. Saya tidak mahu itu berlaku.

Untuk mengatasi masalah ini, saya berfikir blog-blog harus dipantau pihak kerajaan. Jika sesebuah blog itu menyentuh isu-isu sensitif, penulisnya harus diberikan amaran. Kalau blog penulis itu masih mengandungi isu-isu sensitif, penulis harus disaman. Dengan berbuat demikian, penulis blog akan lebih berhati-hati dalam memberikan pandangan di dalam blog.

Saya berharap tuan akan menerbitkan surat saya supaya rakyat Singapura akan menyedari tentang perkara-perkara yang berlaku di alam maya. Benarkan saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana membaca surat saya. Dengan ini, saya akan mengakhiri surat saya. Terima Kasih.

Yang benar,
Masairah Binte Abdullah

No comments: