Tuesday, May 1, 2007

Singapura Membosankan Kerana Kekurangan Aktiviti

Ramai warga negara Singapura mempunyai perasaan bahawa Singapura membosankan. Singapura ialah sebuah negara yang kecil jika dibandingkan dengan negara yang lain seperti Amerika atau Australia tetapi negara yang kecil tidak boleh dikatakan membosankan. Jika banyak usaha digunakan untuk membuat Singapura lebih menarik, lebih ramai pelancong akan melawati Singapura dan warga negara Singapura akan mempunyai gambaran yang bagus.

Saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa Singapura tidak menarik. Singapura mempunyai beberapa tarikan seperti Sentosa, taman haiwan dan pelbagai lagi. Sentosa ialah sebuah pulau yang berdekatan dengan Singapura. Sekarang, Resort Bersepadu sedang dibina di Sentosa supaya lebih ramai pelancong akan datang ke Singapura. Sentosa ialah sebuah tarikan kerana pantai di situ sangat bersih dan ia merupakan tempat yang bersejarah.

Kerajaan Singapura juga bergigih dalam menjadikan Singapura lebih menarik. Pelancong-pelancong yang melawati Singapura menyumbang banyak kepada ekonomi Singapura. Jadi, kerajaan akan memastikan Singapura manarik lebih ramai pelancong akan datang. Walaupun negera seperti Indonesia sangat besar, kerajaan mereka tidak menggunakan tanah itu untuk menarik lebih ramai pelawat ke Indonesia. Singapura tidak mempunyai banyak tanah atau gunung-ganang yang tinggi tetapi Singapura menggunakan apa sahaja yang terdapat di Singapura sebaik-baiknya untuk menarik pelancong ke Singapura. Aktiviti “Reverse Bungee” terletak di tengah-tengah kota Singapura. Pusat membeli-belah juga mudah dicari di bandar Singapura.

Berjalan-jalan dengan kawan-kawan juga boleh dikelaskan sebagai aktiviti menarik. Jika kita keriangan, aktiviti itu boleh dikatakan menarik. Aktiviti menarik tidak terbatas kepada aktiviti yang orang jarang dilakukan sahaja. Makan tengah hari juga boleh menjadi sesuatu yang menarik kerana kita suka meluangkan masa dengan teman-teman. Singapura mempunyai banyak tempat makan atau membeli-belah. Jadi, Singapura ialah sebuah negeri yang menarik kerana banyak aktiviti boleh dijalankan di sini.

Singapura boleh dikelaskan sebagai membosankan oleh ramai warga negara Singapura kerana mereka sudah biasa dengan Singapura. Mungkin mereka akan memikirkan Singapura sebagai sebuah negeri yang hebat jika mereka datang ke Singapura sebagai pelawat. Ini kenyataan yang benar untuk semua orang. Tempat yang baru akan sentiasa kelihatan mengasyikkan kepada manusia. Pelancong akan mendapati bahawa “Esplanade” kita unik dan fikirkan bahawa roda Ferris Singapura yang sedang dibina juga menyeronokkan kerana roda Ferris itu merupakan yang terbesar di dunia.

Ramai rakyat Singapura juga memikirkan Singapura membosankan kerana di Singapura tidak ada aktiviti yang tidak boleh dicari di dunia. Setiap negara pasti mempunyai pusat membeli-belah dan taman haiwan. Walaupun demikian, Singapura mempunyai perkhidmatan yang cekap dan pekerja yang sopan. Jadi, Singapura ialah sebuah negeri yang berjaya menarik ramai pelancong setiap tahun.

Ramai orang beranggapan Singapura membosankan. Namun, terdapat pihak lain termasuk saya yang mendapati bahawa Singapura sebuah negeri yang menarik. Saya berpandangan bahawa negera-negera lain tidak mempunyai banyak aktiviti yang tidak boleh didapati di Singapura. Setiap tahun, ramai pelancong melawati Singapura kerana mereka berpendapat Singapura tidak membosankan. Jika mereka fikirkan begitu, kita harus berfikir begitu juga.


Yasmin Yeow
07v13

No comments: