Tuesday, May 1, 2007

Surat tentang Kereta Api MRT

Sofea binti Azman
Blok 16 Taman Cendana
#11-249
Singapura 778016

15 Februari 2007

Penerbit
Harian Masyarakat
35 jalan Kembara
Singapura 944034

Tuan

Remaja Yang Berkelakuan Tidak Sopan Di Kereta Api MRT

Berhubungan dengan perkara di atas, saya seorang remaja yang menuntut di Maktab Rendah Victoria dan saya pulang rumah menaiki kereta api MRT setiap hari. Baru-baru ini, sekumpulan remaja mengambil kereta api MRT yang sama dengan saya. Saya dan kawan saya berasa mareka tidak berkelakuan sopan walaupun mereka kelihatan lebih tua dan matang daripada kami.

Saya berasa semua penumpang kerata api MRT itu dari perhentian Kallang ke perhentian Tampines pada pukul lima suku, Selasa yang baru lalu ini, akan marah dengan kelakuan mereka yang tidak bertimbang rasa itu. Kumpulan remaja ini membuat bising dan berlari di kereta api MRT. Pada satu kali, salah satu daripada mereka berlanggar dengan seorang wanita tua dan tidak meminta maaf daripadanya. Sebaliknya, saya dan kawan saya yang menolong wanita tua itu.

Apa yang saya mendapati memalukan ialah bahawa remaja-remaja ini lebih tua daripada saya dan mereka memakai seragam mereka, yang berwarna hijau itu. Kawan saya juga cuba memberitahu mereka bahawa kelakuan mereka tidak sopan tetapi mereka tidak mengendahkan nasihat itu. Mereka mencelanya sehingga dia menangis. Nasib baik seorang lelaki, yang lebih besar daripada mereka, membuat keputusan untuk menolong kami.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memaklumkan kepada remaja-remaja agar menyedari behawa kelakuan mereka tidak sesuai di kereta api MRT atau di tempat-tempat awam yang lain. Saya berharap pihak sekolah mereka dan ibu bapa mereka akan membuat sesuatu supaya kelakuan mereka akan lebih sopan. Remaja-remaja ini juga harus mengubah sikap mereka.

Saya berharap surat ini akan menolong remaja-remaja dewasa ini agar lebih bertimbang rasa supaya masyarakat akan lebih aman. Terima kasih kepada tuan yang mengambil masa untuk menerbitkan surat ini supaya remaja-remaja ini akan memperbaiki kelakuan mereka. Saya berharap tuan sihat dan gembira.

Kepada tuan yang menolong saya, terima kasih.

Yang Benar
Sofea binti Azman
(Sofea binti Azman)

No comments: