DUBAILAND
Sinar matahari memancar terik. Aku terdengar rakan-rakanku ketawa. Hatiku berdebar-debar apabila aku melihat bangunan yang tersergam indah. Akhirnya, guruku menyuruh kami turun dari bas. Sambil kami berjalan masuk, aku mengambil masa ini untuk menghargai sekelilingku. Seekor gajah batu menyambut kehadiran kami. Kami sedang berada di Pejabat Penjualan Dubailand! Kami menziarahi organisasi Dubailand untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sebuah projek yang inovatif dan kreatif.

Selepas itu, kami dibawa melihat model-model Dubailand. Dubailand benar-benar besar! Di Dubailand nanti terdapat taman-taman bertema, pusat-pusat beli-belah, hotel-hotel dan sebagainya supaya setiap orang dapat melakukan pelbagai jenis aktiviti. Sebagai contoh, syarikat Dubailand merancang untuk membina “Beauty Land” yang difokuskan kepada wanita-wanita yang hendak belajar cara-cara untuk mencantikkan diri mereka. Dubai Sports City” pula dikhaskan untuk orang-orang yang hendak bersenam atau belajar tentang sukan di Dubai manakala “Falconity of Wonders” pula akan menempatkan tujuh keajaiban model di dunia. Dubailand betul-betul istimewa. Aku mengambil banyak gambar di bilik pameran itu, dengan dinosaur yang menakutkan, Shrek yang gemuk dan banyak lagi watak-watak yang terkenal. Guruku juga berkata restoran-restoran di Dubailand akan menghidangkan makanan yang lazat! Kenyataan ini sangat penting kepadaku kerana saya suka makan.
Apabila masa kami di Pejabat Penjualan Dubailand tamat, aku berasa sangat sedih. Aku mungkin tidak akan pulang ke Dubai dan melihat projek ini yang aku berharap akan berjaya. Di dalam bas, guruku memberi kami sebuah soalan. “Adakah inovasi dan kreativiti lahir secara semulajadi atau dipupuk?”. Aku berfikir inovasi dan kreativiti perlu dipupuk. Jika ibu bapa atau orang di sekeliling kita mengajar kita untuk berimpian tinggi dan tidak menghadkan kreativi kita, kita semua akan menjadi kreatif dan tidak takut untuk mengambil risiko. Aku tidak mempercayai kreativiti itu terdapat dalam gen-gen seseorang.
Aku mempelajari banyak perkara dengan hanya melawati Pejabat Penjualan Dubailand. Dubai

Pada keseluruhannya, Dubai adalah sebuah tempat yang unik dan aku berfikir projek Dubailand akan berjaya walaupun pada mulanya, aku berfikir projek ini akan gagal kerana projek ini terlalu luas dan rumit. Walaubagaimanapun, selepas melihat kejayaan Dubai, aku berfikir Dubailand akan berjaya dan menjadi sebuah destinasi yang popular dan indah. Aku berharap aku akan diberi peluang untuk menziarahi tarikan ini suatu hari nanti.
1 comment:
Salam sejahtera! Yasmin, awak tersilap bahasa di beberapa ketika dalam tulisan awak. Mungkin awak boleh menggunakan adjektif yang lebih menarik untuk menyampaikan idea yang sama. Gaya penulisan agak menarik. Ada beberapa ketika yang melucukan juga! Secara keseluruhan, boleh tahan(Secara ringkas). Pandangan awak sangat menarik, malah harus dikembangkan supaya menjadi lebih menarik. Isi yang cukup bernas dan 'bagus'. =) Saya yakin awak akan terus menulis menuju kejayaan!
Post a Comment